Tuesday 31 January 2012

Mutiara Tasawwuf

Apabila Timbul Perbezaan Pendapat
Apabila bulan Syaaban menjelma,timbullah perbahasan mengenai sambutan nisfu Syaaban.Ada golongan yang menentangnya dan ada pula yang pertahankannya.Demikian juga apabila bulan Rabiulawal menjelma,pertikaian mengenai sambutan Maulidur Rasul pula ditimbulkan.

Cukuplah dua contoh yang saya kemukakan di sini walaupun banyak lagi isu yang sewaktu dengannya.Saya tidak berniat membicarakan secara detail hujah setiap pihak,apatah lagi mentarjihkan pandangan yang tepat.Terasa diri yang kerdil ini tidak layak untuk memutuskan pandangan ulama yang manakah yang lebih kuat untuk dipegang.Tetapi apabila isu-isu ini kelihatan mula dilontar ke dalam masyarakat awam dengan cara yang agak keras dan ada kalanya menyebabkan pepercahan serta bermasam muka sesama jemaah masjid,saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan.

Setiap kali isu-isu khilafiah sebegini kedengaran,saya sentiasa teringat peristiwa bagaiman Rasulullah s.a.w memberi jawapan kepada dua kumpulan sahabat Baginda yang berbeza pandangan memahami arahan Baginda.Satu fahaman Baginda tetapi difahami dengan dua kesimpulan yang bebeza oleh para sahabat.

Imam Muslim (no.3317) meriwayatkan setelah selesai peperangan al-Ahzab,Rasulullah s.a.w mengemukakan arahan kepada para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud:"Janganlah sesiapa pun solat zuhur  (dalam riwayat lain menyebut solat asar) melainkan perkampungan Bani Quraizah."

Dalam perjalanan menuju ke tempat tersebut,apabila masuk waktu Zuhur:
-Sebahagian para sahabat berpegang dengan makna zahir ungkapan Baginda,iaitu TIDAK MENUNAIKAN SOLAT ZUHUR melainkan tiba di perkampungan Bani Quraizah.walaupun waktu Zuhur berakhir.
-Sebahagian lagi terus MENUNAIKAN WAKTU SOLAT Zuhur apabila masuk waktunya.Mereka berhujah bahawa Rasulullah s.a.w mengarahkan demikian supaya mereka bergerak dengan cepat sehingga sempat sampai ke perkampungan Bani Quraizahsebelum masuk waktu Asar.Mereka menyimpulkan makna tersirat daripada arahan Baginda.

Perkara yang menarik daripada peristiwa ini ialah apabila diberitahu kepada baginda tentang ijtihad kedua-dua kumpulan sahabat tersebut,Rasulullah s.a.w mengikrar dan tidak menyalahkan mana-mana golongan.Kedua-duanya mempunyai hujah masing-masing berdasarkan kefahaman daripada satu Nas.Malah apa yang lebih penting masalah itu selesai di situ sahaja dan tidak berlanjutan.Para sahabat kekal berkasih sayang tanpa menyambung kembali penghujahan mereka lantas memberi keutamaan untuk fokus kepada musuh yang sebenar yang lebih berbahaya dan lebih besar ancamanya iaitu yahudi Bani Quraizah.

Mungkin ada yang akan menolak pandangan saya yang mengiaskan peristiwa ini dengan isu-isu khilafiah semasa atas dasar berbeza kekuatan hadis dan sumber istidlalnya.Sekali lagi saya menegaskan saya tidak ingin berhujah di sini tetapi hasrat dihati untuk rakan-rakan pembaca menyingkap roh ukhuwah para sahabat dalam mengendalikan perbezaan pendapat dan kecekapan mereka menilai fiqah awlawiyyat (prioriti/keutamaan)

Alangkah indah sekiranya umat islam bersangka baik terhadapa saudaranya yang bebeza pendapat dengannya lantas bergerak dengan satu pakatan berhadapan dengan musuh utama agama kita iaitu Yahudi,Nasrani serta tali barut mereka yang bertopengkan Muslim.Inilah makna yang tersirat daripada dua ayat yang terakhir surah al-Fatihah.

Contoh kedua ialah ungkapan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:"Kami pernah menyertai Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan yang berlaku pada bulan Ramdhan.Ada daripada kalangan kami yang berpuasa sepanjang bermusafir dan ada juga yang berbuka.Tiada seorang pun yang berbuka mengutuk sahabat yang meneruskan puasa dan tiada seorang pun sahabat yang berpuasa mengutuk sahabat yang berbuka.Masing-masing berpandangan bahawa sesiapa yang mampu meneruskan puasa adalah baik.Demikian pula yang tidak mampu boleh berbuka dan ia juga satu keharusan dalam agama."(Riwayat Muslim) no.1882)

Para sahabat sentiasa berlapang dada sesama mereka dan menjaga akhlak ketika berlakunya perbezaan pendapat.Mereka menghormati pandangan orang lain walaupun bagi mereka ada yang lebih baik untuk diamalkan.

Walaupun kita menyaksikan ada Ulama yang berbeza aliran dan pegangan Mazhab mereka,tetapa mereka kelihatan sentiasa berkasih sayang demi kebaikan ummah,apatah lagi ketika behadapan dengan musuh agama yang sebenar.Mereka boleh bekerjasama dengan sepenuh hati dalam perkara yang boleh memberi manfaat kepada ummah dengan menjadikan pebezaan pendapat sebagai penghalang..

1 comment:

  1. Baccarat - WURRI | Gruppoò, Italy - Wolverione
    Welcome to septcasino the Home of Free Betting Tips. The Home of Free Betting Tips and the best odds! Football Predictions and Betting Tips.Mon, Dec 메리트카지노 13CHI Bears @ GB PackersMon, Dec 13Roma v SpeziaTue, Dec 14Cadiz v 바카라 사이트 Granada

    ReplyDelete