Thursday 19 January 2012

Mutiara Tasawwuf

 Kerendahan Hati Ketulusan Budi

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Dan hamba-hamba al-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila mereka disapa oleh orang yang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yang baik"...(surah al-Furqan 25:63)

 Al-Shahid Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Al-Quran  menyatakan bahawa inilah antara ciri-ciri pertama ibad al-Rahman atau sifat hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat.Mereka berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah hati dan menjaga diri daripada teruja dengan kata-kata yang dilemparkanoleh orang yang jahilsebagai bukti ketinggian jiwa mereka.

Manakala al-'Allamah Ibn Kathir dalam tafsirnya menytakan bahawa antara sifat yang dikehendaki oleh Allah menerusi Firmannya ini adalah supaya menjauhi kesombongan dan keangkuhan,apatah lagi di dunia yang hanya sementara ini
Menjauhi keangkuhan diri ialah kewajipan bagi setiap hamba.Ia merupakan syarat utama untuk mencapai maksrifat kepadanya.Mana mungkin keangkuhan dapat bersama dengan kerendahan hati.Ia seumpama memasuk keruh dalam jernih,maksiat kedalam taat atau lebih tepat lagi mati kedalam hidup.Terlalu jelas perbezaannya.

Kerendahan Hati Dua Umar
Ada baiknya saya menukilkan sebuah kisah bagaiman khalifah islam kelima,Umar Abdul Aziz menterjemahkan firman Allah ini dalam hidupnya.Ketika seorang tetamu kerajaan mengingatkan kepadanya bahawa api pelita yang digunakan oleh khalifah untuk menulis hampir padam dan seeloknya penjaga mengisinya kembali,Umar menjawab:
"sekarang,masa bagi penjaga berehat dan tidur."
kemudia Umar bangun lalu mengisi minyak pelita itu.Perbuatannya itu mengejutkan tetamu tersebut.Kemudian beliau bertanya:"Wahai Amirul Mukminin,mengapakah tuan sendiri yang melakukannya?"
Dengan persaan rendah hati,Umar menjawab:"Aku hanyalah Umar walau apa-apa keaadan sekalipun."

Tindakan yang sama diambil oleh Umar al-Khattab.Ketika Urwah bin Zubayr melihat khalifah islam kedua ini memikul bekas bersisi air yang diambil dari kawasan awam,Urwah bertanya:"Mengapakah engkau melakukan pekerjaan sebegini wahai khalifah?"
Umar menjawab:"Ketika para utusan dan delegasi datang kepadaku,mereka tunduk dan patuh terhadap ucapan dan kata-kataku sehingga terkadang muncul benih-benih kesombongan dalam hatiku.Oleh sebab itu,aku ingin menghilangkannya."

Subahanallah.lihat betapa jelasnya kerendahan hati dua Umar ini,walaupun mereka mampu memiliki dunia dan segala isinya.Namun kerana anugerah al-Rahman itulah yang mendambakan,maka segala keangkuhan dan kebesaran diri ditundukkan dengan rasa rendah hati

Perhiasan Akhlak
Lihatlah ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Ibn Abbas,sepupu Baginda s.a.w.Beliau memegang tali kuda tunggangan Zaid bin Thabit sambil meminta beberapa nasihat buat dirinya.Betapa kerendahan hati beliau terzahir,walaupun kemudiannya Zaid bin Thabit meraih tangannya lalu mengucup untuk memuliakannya.Betapa terserlah pula kerendahan hati Zaid bin Thabit,penulis wahyu Baginda s.a.w ini

Renungilah pula sifat rendah hati Abu Hurairah r.a.Bukankah sepanjang menjawat jawatan gebenor Madinah,Umat Islam sentiasa melihat beliau memikul muatan kayu unuk dijual bagi memenuhi keperluan keluarganya
Bahkan Mu'az bin Jabal yang menerima hadiah daripada Umar al-Khattab hasil daripada harta ghanimah telah menjualnya dan hasil jualan itu digunakan untuk membebaskan enam orang hamba sahaya.Ia dilakukan semata-mata kerendahan hati yang menghiasi akhlaknya,walaupun ketika itu Mu'az menjawat gabenor di Yaman.
Al-Sheikh Abu al-Qassim dalam al-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan satu kisah sifat rendah hati hamba sahaya.Apabila bangsawan bersetuju meletakkan harga hamba itu dengan bayaran 1000 dirham,hamba itu berkata:"Tuan,sesungguhnya hargaku tidaklah mahal seperti itu.Cukuplah kamu membayar dengan beberapa dirham sahaja dan ketahuilah akhlak yang ada padaku inilah yang lebih mahal daripada 1000 dirham yang telah engkau tetapkan (harganya)

Subhanallah,Betapa kerendahan hati telah mengiasi jiwa mereka sehingga menjadi teladan sepanjang zaman.Ia penghidup jiwa dan benih-benih kemuliaan dalam mencapai anugerah Allah s.w.t yang benar di akhirat yang kekal

Benarlah kata Sufyan al-Thawri:"sesungguhnya oarng yang mulia ialah ilmuwan yang zuhud,ahli fiqah yang sufi,orang kaya yang rendah hatinya,orang fakir yang yang bersyukur serta pembesar yang sentiasa senyum kepada golongan yang lemah."

Saya mendoakan agar kita dianugerahkan kerendahan hati yang hakiki kerana di situlah ketinggian jiwa kita akan tersemai dalam perjalanan mengapai cinta-nya...Amin..

No comments:

Post a Comment