Wednesday 18 January 2012

sirah Al-Hassan al-Basri

Diasuh Isteri Nabi

profil Al-Hassan Al-Basri.:-
-nama penuh beliau ialah al-Hassan bin Yasar
-Dilahirkan di Madinah sekitar tahun 30 Hijrah
-Beliau merupakan hamba lelaki yang telah dimerdekakan,milik seorang sahabat yang bernama Zaid bin Thabit r.a
-Ibu beliau bernama Khairah,hamba perempuan yang telah dimerdekakan,milik Ummu Salamah (Siti Aisyah .r.a) isteri Nabi s.a.w
-Berpeluang menyusu dengan Ummu Salamah
-Beliau pernah berguru dengan Uthman bin Affan,Abdullah bin Abbas,Ali bin Abi Talib,Anas bin Malik,Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar
-Al-Hassan wafat pada tahun 110 Hijrah

Wajah Ummu Salamah tidak lekang daripada senyuman.Berita tentang lahirnya seorang putera membuatkan hatinya gembira.Putera bertuah itu dilahirkan oleh hambanya yang bernama Khairah dan diberi nama Al-Hassan
Ummu Salamah meminta seseorang menjemput Khairah ke rumahnya.Beliau sendiri ingin menjaga
Khairah dan bayinya itu dalam tempoh berpantang.Lalu membesarlah Al-Hassan di rumah Ummu Salamah r.ha.

Pada suatu hari,ibunya;Khairah mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan di luar.Ummu 
Salamah menjaga al-Hassan yang masih lagi menyusu.Setelah lama menunggu,ibunya masih tbelum pulang.Al-Hassa menangis kelaparan.Ummu Salamah memujuk dengan jasih sayang,namun beliau gagal dipujuk.Tangisannya meruntun perasaan.Ummu Salamah yang bijaksana tidak cepat mati akal.Beliau membawa anak kecil itu masuk ke biliknya.Lalu disusukannya sekadar untuk menghiburkan anak kecil itu.Padahal,beliau belum mampu lagi menghasilkan susu.Dengan kuasa Allah ,badan Ummu Salamah dapat mengeluarkan susu sehingga membuatkan al-Hassan tertidur kekenyangan.Kajian hari ini juga banyak membuktikan penghasilan susu ibu boleh berlaku kesan daripada psikologi kasih sayang seorang ibu dan kemahuannya yang bersunggu-sungguh untuk menyusu..subhanallah

Jiwa pendidik atau murabbiyah yang mengalir dalam darah Ummu Salamah r.ha. dialirkan pula ke
jiwa al-Hassan.Siapa yang tidak kenal dengan Ummu Salamah?.Beliau seorang wanita Arab yang memiliki kesempurnaan akal pemikiran,mempunyai kebijaksanaan,memiliki ilmu yang sangat luas,banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah serta termasuk dalam kalangan kumpulan kecil wanita yang yang pandai menulis pada zaman jahiliah.Pada masa kecilnya,al-Hassan terdidik dalam suasana yang murni dengan akhlak yang baik,agama ,beradab dan berilmu.Al-Hassan diberi peluang untuk menuntut ilmu.Beliau berguru dengan sahabat-sahabat yang terkemuka di masjid Rasulullah s.a.w seperti Uthman bin Affan,Abdullah bin Abbas,Ali bin Abu Talib,Abu Musa Al-Ash'ari,Anas bin Malik,Jabir bin Abdullah dan Abdullah nin Umar

Ketika berusia 14 tahun,al-Hassan merantau ke Basrah.Beliau membawa kedua-dua ibu bapanya
bersama dan menetap di sana.Pada masa tersebut,Basrah merupakan salah satu syurga ilmu terbesar.Masjidnya sering dikunjungi oleh para sahabat yang terkemuka terutamanya Abdullah bin Abbas.Al-Hassan mendapat ilmu secara lansung daripadanya seperti ilmu tafsir,hadis dan qiraat.Selain berguru daripada Abdullah bin Abbas,al-Hassan juga tekun mempelajari ilmu fiqah,bahasa Arab dan adab (sastera) daripada para sahabat lain sehingga beliau muncul sebagai orang alim pada zaman beliau.Seterusnya,al-Hassan telah berkongsi dan menyampaikan ilmunya kepada masyarakat umum.Ramai pecinta ilmu yang datang berguru dengan beliau.Ini menyebabkan beliau disayangi oleh orang lain dengan sikap dan ilmu yang beliau sampaikan.Khalid bin Safwan,sahabat rapat al-Hassan berkata:"Beliau seorang yang memilki sifat batiniah yang sama dengan sifat lahiriyah,Kata-kata beliau sama dengan perbuatan beliau,Apabila beliau memerintahkan supaya melakukan kebaikan,beliaulah orang paling banyak melakukannya.Apabila beliau melarang daripada melakukan kemungkaran,beliaulah orang yang paling banyak meninggalkannya."Malah,aku berpendapat beliau seorang yang tidak memerlukan bantuan orang lain kerana beliau seorang yang zuhud kepada apa yang orang lain ada.Sebaliknya aku melihat orang lain yang memerlukan bantuan beliau kerana mereka sentiasa meminta apa yang beliau miliki".Maslamah bin Abdul Malik berkata:"Bagaimana sesuatu kaum boleh tersesat sedangkan dalam kalangn mereka terdapat seoarang seperti al-Hassan al-Basri?"

Al-Hassan al-Basri tidak bersikap pejam mata terhadap suasana politik yang berlaku dalam
negaranya.Beliau ikhlas menasihati pemerintah.Pada suatu ketika,Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran.Ini berlaku apabila kahlifah Yazid bin Abdul Malik memerintahkan suatu perkara yang Umar bin Hubayrah sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.Lalu al-Hassan memberi nasihat:"Wahai Ibnu Hubayrah,Takutlah kepada Allah yang melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid.Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah".Umar bin Hubayrah teruja.Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata al-Hassan.Al-Hassan berkata lagi:"Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi daripada kemarahan Yazid sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah s.w.t.Umar bin Hubayrah pun terduduk.Al-Hassan menyambung bicara:"Wahai Ibn Hubayrah,Tidak lama lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu.Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu.Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang sangat luas ini ke kubur kamu yang sangat sempit.Di sana,kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid."

Umar bin Hubayrah menjadi gerun.Sambung al-Hassan:"Wahai Ibn Hubayrah,Sekiranya kamu
tetap bersama-sama dengan Allah dan sentiasa berada dalam keadaan melakukan ketaatan kepadanya,kamu akan terselamat daripada malapetaka Yazid bin Abdul Malik di dunia dan di akhirat kelak.Tetapi,sekiranya kamu sentiasa bersama-sama dengan melakukan maksia kepada Allah s.w.t,Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid.Ketahuilah wahai Ibn Hubayrah,sesungguhnya kita tidak boleh mentaati perintah makhluk dalam perkara yang melanggar perintah Allah".Mendengar kata-kata tersebut,Ibn Hubayrah terus menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya.

Hikmah perbicaraan al-Hassan
Pengajaran baik yang diberikan oleh al-Hassan boleh mengegarkan hati,menarik perhatian orang yang lalai dan mengalirkan air mata orang yang mendengarnya
Antaranya pengajaran beliau ialah:"Sesungguhnya perumpamaan diantara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat.Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya beerti kamu semakin jauh dari yang satu lagi".
"Dunia merupakan suatu tempat yang pada awalnya adalah kepenatan dn penghujungnya adalah kebinasaan.Perkara halalnya mengandungi perhitungan manakala perkara haramnya pula mengandungi pembalasan seksa.Sesiapa yang mersakan dirinya telah mencukupi dengan apa yang ada di dalamnya beerti dia telah tertipu.Manakala sesiapa yang merasakan dirinya sangat memerlukan apa yang ada dalamnya,dia akan besedih".
Al-Hassan meninggal dunia pada tahun 110 hijrah.Ketika hari itu,semua penduduk Basrah keluar mengiringi jenazah beliau iaitu pada hari jumaat awal bulan Rejab.Semoga Allah meredhainya,dan beliau reda kepada Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment