Wednesday 18 January 2012

Tafsir surah al-fatihah

Muqaddimah

surah "al-fatihah" (pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran dan termasuk golongan Surah Makkiyah.

Surah ini disebut "al-fatihah"(pembukaan) kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran
Dinamakan "Ummul Quran" (induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" (induk al-kitab) kerana dia merupakan induk bagi semua isi Al-Quran,serta menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran ,dan kerana itu diwajibkan membaca pada tiap-tiap sembahyang

Dinamakan pula "As Sab'ul" matsaany" (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang

Surah ini mengandungi beberapa unsur isi yang mencerminkan seluruh isi Al-Quran iaitu.:

1.keimanan.:-
-Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2,yang di mana dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas sesuatu nikmat itu bagi Allah s.w.t,kerana Allah adalah pencipta dan segala nikmat yang terdapat dalam alam ini

2hukum-hukum.:-
-jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menepuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.Maksud "hidayah" di sisi ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan,kebahagiaan,dunia dn akhirat,baik,yang mengenai keyakinan mahupun akhlak,hukum-hukum dan pelajaran.

3.kisah-kisah.:-
-Kisah para nabi dan kisah orang-orang yang terdahulu yang menentang Allah.Sebahagian besar dari ayat-ayat Al-Quran memuat kisah-kisah para nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah.Yang dimaksudkan dengan orang yang memberi nikmat dalam ayat ini ialah para nabi,para siddiqin (orang-orang yang bersungguh-sungguh beriman),shuhada (orang-orang yang mati syahid),salihin (orang-orang yang soleh)
"Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat,"ialah golongan yang menyimpang dari ajaran islam

 tejemahan surah al-fatihah
 Dalam surah Al-Fatihah ayat 1 hingga 6 Allah berfirman yang bermaksud.:

1."segala puji bagi Allah,Tuhan (yang mendidik) semesta Alam" 

2."Yang Maha Pengasih, Penyayang"

3."Lagi mempunyai (Penguasaan) hari pembalasan 

4."Hanya engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami minta petolongan"

5."Tunjukilah (hati) kami ke  jalan yang lurus"

6."Iaitu jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka,sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat"

Tafsir surah Al-Fatihah ayat 1 hingga 6:-
1.Apa-apa nikmat yang kita terima dan apa-apa yang indah diantar isi alam yang luas ini,hendaklah kita puji Allah s.w.t ,kerana pokok dan asalnya ialah daripada Allah s.w.t 

2.Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang lebih-lebih kepada kita ,kerana Dia yang menganugerahkan fikiran yang luas dan anggota yang cukup.Tetapi sekalipun begitu Dia berkuasa pada hari kemudian buat menyiksa orang-orang yang tiada menurut perintahnya

3.kerana Allah amat banyak memberi kita bermacam-macam nikmat ,maka wajiblah kita menyembahnya.Dan tiada yang disembah selain daripadanya.Wajiblah kita minta tolong kepada Allah untuk menyampaikan cita-cita kita dan mensukseskan amalan perbuatan kita ,kerana Dia Maha berkuasa menghilangkan segala aral yang melintangi
Adapaun minta tolong sesama manusia dalam batas kemampuannya ,seperti minta ubat ke doktor,maka tiadalah dilarang ,bahkan dianjurkan bertolong-tolongan itu.Tetapi jika minta minta tolong kepada manusia di luar batas kemampuanya ,seperti minta masuk syurga ,murah rezeki ,berbahagia dunia dan akhirat maka yang demikian itu amatlah dilarang dalam islam.Begitu juga meminta kepada batu-batu seperti berhala dan sebagainya ,pokok-pokok,kubur-kubur ,kerana ini mempersekutukan Allah dengan lainnya

4.Hendaklah kita memohon kepada Allah s.w.t,supaya Dia memberi hidayah dan Taufiq kepada kita untuk melalui jalan yang lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat iaitu dengan menurut petunjuk Al-Quran 

6.Manusia itu ada tiga jenis 
-orang-orang yang beroleh nikmat dari Allah ,serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat ,kerana mereka mempergunakan nikmat itu dengan baik
-orang-orang yang dimurkai oleh Allah s.w.t kerana ingkar akan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya
-orang-orang yang sesat atau salah mempergunakan nikmat itu atau dalam keraguan,sehingga mereka itu tiada mengetahui jalan manakah yang akan ditempuhnya

kesimpulannya .:
Apa-apa yang tersimpul dalam surah al-fatihah ini, akan diterangkan dengan jelas pada surah-surah yang kemudian.Oleh sebab itu surah al-fatihah ini dinamai "Ummul kitab" ertinya Ibu kitab (Quran).Kerana telah tersimpul didalamnya segala isi Al-Quran ,iaitu (1)Tauhid (keimanan),(2)Janji kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang menurut petunjuk Al-Quran dan janji seksaannya,jasmani atau rohani bagi orang-orang yang tidak menurut petunjuk itu.(3)Amal ibadah untuk mempertebalkan tauhid dan membersihkan jiwa.(4)Menerangkan jalan yang lurus untuk mencapai kebahagiaan.(5)Riwayat orang-orang yang taat mengikut Allah dan orang-orang yang derhaka untuk jadi iktibar bagi umat yang kemudian.(6)dan lain-lain ,seperti ayat-ayat yang berhubung dengan akhlak,ilmu pengetahuan,sejarah,perekonomian,kemasyarakatan dan pembangunan.Bahkan di sana ada ayat-ayat yang berhubungan dengan pertahanan negara dan ketenteraman sebagai bukti,bahawa Al-Quran itu ialah universiti      
(menerangkan segala sesuatu)

keterangan erti "Ar-Rahman"-"Ar-Rahim"
-Allah nama Tuhan yang Maha Esa,tiada diterjemahkan
-Ar-Rahman dan Ar-Rahim berasal dari satu kata yang sama ertinya ,iaitu Rahmah=kasih sayang atau kasihan,Tetapi Ar-Rahman lebih besar dan luas rahmatnya dari Ar-Rahim.Maka Rahmaniyah Allah mengasihi dan memberikan rahmat yang Maha Besar kepada seluruh makhluknya.Misalnya 1 kebaikan dibalasnya 700 kali ganda.Sedang Rahimiyah Allah mengasihi dan memberikan rahmat yang besar kepada hambanya.Misalnya 1 kebaikan dibalasnya 10 kali ganda atau lebih.Jadi Ar-Rahman=Maha-Pengasih=Penyayang

Menurut setengah ahli Tafsir ,bahawa erti Ar-Rahman mengasihi seluruh hambanya,baik mukmin atau kafir.Manakala Ar-Rahim mengasihi Mukmin saja.Tafsir ini bertentangan dengan ayat yang mengatakan, bahawa Allah Ar-Rahim=Penyayang

Menurut setengah ahli Tafsir ,bahawa erti Ar-Rahman mengasihi seluruh hambanya,baik Mukmin atau kafir manakal Ar-Rahim mengasihi mukmin saja.Tafsir ini bertentangan dengan ayat yang mengatakan bahawa Allah rahim keseluruhan manusia.(Al-Baqarah 143 dan Al-Hajj 65)

menurut Syeikh M. 'Abduh, erti Ar-Rahman memberikan rahmat dan erti Ar-Rahim mempunyai rahmat yang tetap.Tetapi menurut Ibnul Qayyim kebalikannya;Ar-Rahman=mempunyai rahmat dan Ar-Rahim=memberi Rahmat

keterangan erti kata-kata yang lain.:-
1.Rabb asalnya dari tarbiyah = pendidikan ,iaitu membentuk sesuatu dari sudut keadaan kepada keadaan yang lebih baik,sehingga sampai ke batas kesempurnaannya 
Rabb = Tuhan yang memimpin dan mengatur seluruh alam.Ya rabbi = Ya tuhanku;jamaknya arbaab

2.Al-aalamin jamaknya 'aalam = alam.

3.Maliki = yang mempunyai ,yang memiliki
Maliki dengan pendek ma = raja 

4.Addin = pembalasan dan ada juga ertinya taat (patuh) ,tunduk ,syariaat (agama)

5.Na'budu asalnya dari ibadah = ibadah iaitu melahirkan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan melakukan amalan-amalan yang tertentu

6.Ihdina berasal dari hidayah = petunjuk.

7.Yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus ialah semua yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat iaitu denga mengikit petunjuk Al-Quran atau menurt ajaran islam yang sebenar

No comments:

Post a Comment