Friday 3 February 2012

Tafsir Basmallah

Baiklah kita akan mengetahui rahsia disebalik Basmallah

 Apa itu Basmallah?
Basmallah adalah salah satu pembukaan sebelum kita membaca al-Quran

"Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mahab pengasih"

Tafsir Basmallah
Memulakan sesuatu dengan nama Allah itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulnya dalam ayat yang pertama yang diturunkan kepadanya yang bermaksud "bacalah dengan nama tuhan kamu" adab cara ini adalah sesuai akidah pokok islam yang menganggapkan Allah s.w.t  sebagai zat mawjud yang sebenar.iaitu mawjud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan yang lain berpangkal dari wujud Allah.Kerana itu adalah wajar segala permulaan dan segala tindakan itu dimulakan dengan nama Allah s.w.t

Allah sifatkan dirinya dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim (maha penyayang dan maha pengasih) iaitu dua sifat yang mencukupi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas.Hanya pada Allah s.w.t sahaja terkumpul dua sifat itu,begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman.Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan ar-Rahman dari segi kepercayaan dan dan tidak lebih tidak wajar dikembarkan kedua-dua sifat itu kepadanya.

Kedua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas menggariskan hakikat hubungan Allah s..w.t dan hamba-hambanya.

No comments:

Post a Comment