Apa itu Basmallah?
Basmallah adalah salah satu pembukaan sebelum kita membaca al-Quran
"Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mahab pengasih"
Tafsir Basmallah

Allah sifatkan dirinya dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim (maha penyayang dan maha pengasih) iaitu dua sifat yang mencukupi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas.Hanya pada Allah s.w.t sahaja terkumpul dua sifat itu,begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman.Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan ar-Rahman dari segi kepercayaan dan dan tidak lebih tidak wajar dikembarkan kedua-dua sifat itu kepadanya.
Kedua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas menggariskan hakikat hubungan Allah s..w.t dan hamba-hambanya.
No comments:
Post a Comment