Friday, 3 February 2012

Sejarah Al-Quran

Apakah al-Quran?
Erti kata Quran dan apa yang dimaksudkan dengan al-Quran
"Quran" menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr.Subhi Al-Salih beerti "bacaan" yang asalnya adalah perkataan qaraa.Kata al-Quran itu berbentuk masdar ( dalam nahu) dengan erti isim maf'ul iaitu maqru (dibaca)

Didalam al-Quran sendiri ada pemakaian kata "Quran" dengan erti demikian sebagai tersebut dalam ayat 17-18  surah al-Qiyamah:
"sesungguhnya kami mengumpulkan Al-Quran (didalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami.(Kerana itu),jika kami telah membacakannya,hemdaklah kamu ikuti bacaannya".

Kemudian dipakai kata "al-Quran" itu untuk al-Quran yang dikenal sekarang ini.Adapun definisi al-Quran ialah"Kalam Allah s.w.t yang merupakan mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada nabi Muhammad s.a.w dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.

Dengan definisi ini,Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi-nabi selain Nabi Muhammad s.a.w ,tidak dinamakan al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. atau injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Demikian pula Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang membacanya tidak dianggap ibadah seperti Hadist Qudsi,tidak pula dinamalan al-Quran.

Cara-cara al-Quran diwahyukan.
Nabi Muhammad s.a.w dalam hal menerima wahyu melalui bermacam-macam cara dan keadaan,antaranya:
1.Malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hatinya.Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w tidak melihat sesuatu apapun,hanya beliau merasa bahawa itu sudah sahaja berada didalam kalbunya.Mengenai Nabi mengatakan:"Allah  mewahyukan kedalam kalbuku",(lihat surah 42 asyura ayat 51)

2.Malaikat menampakakn dirinya sebagai seorang lelaki yang mengucaokan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal dengan kata-kata itu

3.Wahyu datang kepadanya seperti loceng berbunyi.Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi.Kadang-kadang pada keningnya berpacaran keringat,meskipun turunnya wahyu ini di musin dingin yang sangat sejuk.Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat,bila wahyu itu diturunkan ketika beliau sedang berada diatas unta.Diriwayatka oleh Zaid bin Tsabit:"Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan oleh Rasulullah s.a.w.Aku melihat ketika turunnya wahyu seakan diserang demam yang sangat kuat dan keringatnya berccucuran seperti permata.Kemudian setelah selesai turunya wahyu,barulah beliau kembali seperti biasa"

4.Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi,tidak berupa seorang lelaki seperti no.2,tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli.Hal inii tersebut dalam surah An-Najm ayat 13-14 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali lain (kedua).ketika (ia berada di sidratulmuntaha)


Nama-nama Al-Quran:
Allah memberi nama Kitabnya dengan al-Quran yang beerti "bacaan" erti ini kita dapat lihat dalam surah al-Qiyamah ayat 17-18 sebagai nama yang disebut

Nama iini dikuatkan oleh ayat-ayat yang terdapat dalam surah al-Isra' ayat 88,surah al-Baqarah ayat 85,surah thaha ayat 2,surah an-Naml ayat 6,surah Ahqaf ayat 29,surah waqiah ayat 77 surah al-Hasyr ayat 21 dan surah addr ayat 23
Menurut pengertian ayat-ayat diatas al-Quran itu diapakai nama sebagai Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muahammad s.a.w

selain Al-Quran Allah juga memberi nama-nama lain kepada kitabnya seperti:
Al-Kitab atau Kitabullah:Merupakan sinonim dari perkataan al-Quran sebagai tersebut dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang ertinya:" Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan kepadanya......

2.Al-Furqan:Al-Furqan ertinya "pembeda",ialah yang membedakan yang benar dan yang batil",sebagai sebagai tersebut dalam surah al-Furqan yang bermaksud:"Maha agung Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-hambanya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh alam"

3.Adzikir:Adzikir ertinya "Peringatan" sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hijr ayat 9 yang bermaksud:"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan "Adzikir" dan sesungguhnya kamilah penjaganya

Dari nama yang tiga yang disebut di atas yang paling masyhur dan merupakan nama khas ialah "al-Quran"

Selain dari nama ketiga-tiga itu ada lagi nama-nama bagi al-Quran.Imam As-Shuyuthi dalam kitabnya Al-Itqan menyebutkan nama-nama Al-Quran ialah:Al-Mubiin,Al-Karim,Al-Kalam dan An-Nuur

Tafsir Basmallah

Baiklah kita akan mengetahui rahsia disebalik Basmallah

 Apa itu Basmallah?
Basmallah adalah salah satu pembukaan sebelum kita membaca al-Quran

"Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mahab pengasih"

Tafsir Basmallah
Memulakan sesuatu dengan nama Allah itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulnya dalam ayat yang pertama yang diturunkan kepadanya yang bermaksud "bacalah dengan nama tuhan kamu" adab cara ini adalah sesuai akidah pokok islam yang menganggapkan Allah s.w.t  sebagai zat mawjud yang sebenar.iaitu mawjud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan yang lain berpangkal dari wujud Allah.Kerana itu adalah wajar segala permulaan dan segala tindakan itu dimulakan dengan nama Allah s.w.t

Allah sifatkan dirinya dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim (maha penyayang dan maha pengasih) iaitu dua sifat yang mencukupi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas.Hanya pada Allah s.w.t sahaja terkumpul dua sifat itu,begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman.Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan ar-Rahman dari segi kepercayaan dan dan tidak lebih tidak wajar dikembarkan kedua-dua sifat itu kepadanya.

Kedua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan balas menggariskan hakikat hubungan Allah s..w.t dan hamba-hambanya.

Thursday, 2 February 2012

Surat Al Baqarah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Surah Al-Fatihah Syeikh Masyari

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 6-20

Asbabun Nuzul ayat 6-7:
Ibnu Abbas memaparkan,bahawa kedua ayat tersebut diturunkan sehubungan dengan kaum yahudi Madinah,yang meskipun diberi peringatan,mereka tetap tidak akan beriman

(HR.Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq)
mari kita tengok terjemahan surah al-baqarah ayat 6-7:
Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 6-20 yang bermaksud:

6.sesungguhnya orang-orang kafir,sama sahaja bagi mereka,engkau (Muhammad) beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan,mereka tidak akan beriman.

7.Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka,penglihatan mereka telah tertutup,dan dan mereka akan mendapat azab yang berat.

8.Dan diantara manusia ada yang berkata:"Kami beriman kepada Allah dan Hari akhirat," padahal sesungguhnya mereka mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

9.Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa disedari

10.Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya itu;dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta

11.Dan apabila dikatakan kepada mereka "janganlah berbuat kerusakan di bumi"mereka menjawab ,"sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan."

12.Ingatlah,sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan,tetapi mereka tidak menyedarinya

13.Dan apabila dikatakan kepada mereka,"Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman!"Mereka menjawab ,"Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?" Ingatlah,sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal,tetapi mereka tidak tahu.

14.Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman,mereka berkata,"Kami telah beriman"Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka,mereka berkata "sesungguhnya kami bersama kamu,kami hanya olok-olok

Asbabun Nuzul ayat 14
Ibnu Abbas menuturkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abdullah bin Ubay bin Salul dan rakan-rakannya sesama munafik.Ketika bertemu dengan Abu Bakar,Umar bin al-Khattab, dan Ali bin Abi Talib,Abdullah bin Ubay memuji mereka.Namun,saat mereka kembali kepada komintasnya yang munafik,ia ia mengolok-olokkan para sahabat Rasulullah s.a.w tersebut

(HR.al-wahib dan at-Tsa'labi)

15.Allah akan memperolok-olokkan mereka menbiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan.

16.Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk.Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung  dan mereka tidak dapat petunjuk.

17.Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api,setelah menerangi sekelilingnya.Allah melenyapkan cahaya (yang menyinar) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan,tidak dapat melihat.

18.Mereka tuli,bisu dan buta,sehingga mereka tidak dapat kembali.

19.Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat di langi,yang disertai kegelapan,petir dan kilat.Mereka menyumbat telinga dengan jari-jarinya,(menghindari suara petir itu kerana takut mati).Allah meliputi orang-orang yang kafir.

20.Hampir sahaja kilat itu menyambar penglihatan mereka.Setiap kali (kilat itu) menyinari mereka berjalan di bawah 9sinar) itu,dan apabila gelap menerpa mereka,mereka

Tafsir dari ayat 6-20
Manusia ada bermacam-macam
1.Orang-orang yang beriman (percaya) Allah,Nabi-nabi,dan sebagainya
(ayat 2-5)

2.Orang-orang yang kafir (ingkar).Mereka ini tiada menerima kebenaran,kerana hati,pendengaran,dan penglihatan mereka telah tertutup.Oleh sebab itu mereka tiada perhatikan isi alam yang luas ini,untuk mengetahui,bahawa diatas segala kekuatan natuur (alam) ini ada yang maha kuasa iaitu Allah s.w.t.yang menjadikannya.Mereka itulah orang-orang yang dimurkai Allah,sebagaimana yang disebut dalam surah al-Fatihah ayat 7

3.Orang-orang yang munafik,iaitu orang-orang yang pada lahirnya beriman kepada Allah s.w.t  dan hari kiamat tetapi sebenarnya mereka masih tetap dalam kekafiran.
Mereka ini hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman.Kalau mereka diberi nasihat dan peringatan,mereka tidak mahu menerimanya.
Orang-orang yang munafik itu dalam keraguan.Sebenarnya mereka itu mendengar petunjuk al-Quran sebagai suluh yang menerangi hatinya.Tapi oleh kerana mereka dipengaruhi oleh kebiasaan mereka,maka petunjuk itu tiadalah mereka ikut.Seolah mereka,waktu ada di dalam cahaya petunjuk al-Quran itu ,mereka kembali kedalam yang gelap gelita (jalan yang salah)
Mereka enggan mendengar petunjuk al-Quran sehingga mereka menutup telinga mereka dengan anak jari mereka sendiri,supaya jangan kedengaran.Seolah-olah mereka,sama dengan orang yang menutup telinganya dengan anak jarinya pada waktu hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat.Mereka itulah orang-orang yang sesat sebagaiman yang disebut diakhir surah al-fatihah.

Tafsir dari per-kata ayat di atas
Kafir jamaknya kuffar,iaitu orang yang tidak percaya Allah,Rasulunya,malaikat-malaikat,kitab-kitabnya dan hari kiamat,

sehingga nasihat atau hidayh tersebut tidak dapat masuk kedalam hati mereka

penyakit hati contohnya ragu dan tidak yakin akan kebenaran,munafik,dan tidak beriman.

Melanggar nilai-nilai yang ditetapkan agama akan mengakibatkan alam ini rosak,bahkan hancur.